SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3 terletak di Kampung Demit, kira-kira 4.71 km dari bandar Kota Bharu. Sekolah ini dibuka pada 16 November 2011. Sekolah ini dirancang dan dibina bawah Rancangan Malaysia ke-9 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 18.5 juta. Terbinanya sekolah ini sebagai tanda perihatin kerajaan akan kepentingan pendidikan kepada rakyat negeri Kelantan. Penubuhan sekolah ini bukan sahaja mampu menjana kecemerlangan akademik bahkan memberi banyak kemudahan kepada penduduk sekitar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3 mula beroperasi dengan pengambilan kohort pertama seramai 87 orang murid tingkatan 1 daripada saluran SMK Kubang Kerian dan SMK Panji dengan kehadiran 9 orang guru. Pada 8 Januari bermulanya pengambilan murid tingkatan 1 sekolah saluran iaitu daripada SK Demit, SK Kubang Kerian 3 dan SK Sultan Ismail 4. Pada tahun 2013, pengambilan 71 orang murid tingkatan 4 daripada SMK Panji dan SMK Kubang Kerian. Pada tahun 2014, pengoperasian sepenuhnya SMK Kubang Kerian 3 menyaksikan peningkatan bilangan murid yang merangkumi semua tingkatan iaitu daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sejumlah 52 orang guru diberi pelbagai amanah dan tanggungjawab untuk mentadbir, memaju dan menjana kecemerlangan sekolah untuk memacu aspirasi negara.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3 dilengkap dengan pelbagai kemudahan yang membolehkan sekolah ini beroperasi. Sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan 3 tingkat. Pada januari 2025, bermula pembinaan dewan tertutup SMK Kubang Kerian.
No comments:
Post a Comment